Friday, March 1, 2013

Program Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6

Assalamualaikum
Pada 22 Februari 2013 telah berlangsung 
perjumpaan ibu bapa murid-murid Tahun 6 bagi pendedahan kepada ibu bapa dalam HEADCOUNT murid-murid dan target sekolah dalam pencapaian UPSR tahun 2013. Di bawah 
gambar sekitar program tersebut berlangung.
 

 
 
 

 

 

Read More...

Friday, February 15, 2013

Pengorbanan Ikan Nun



Nabi Yunus yang diutuskan oelh Allah S.W.T pergi ke negeri Ninawa untuk menyebarkan ajaran-Nya. Pada masa itu, penduduk di negeri tersebut menyembah berhala. Mereka juga suka berbuat jahat. Kini, hidup mereka telah jauh terpesong. Nabi Yunus tidak berputus asa. Setiap hari bagiinda berusaha bersungguh-sungguh mengajak penduduk di negeri itu beriman kepada Allah S.W.T.. Walau bagaimanapun baginda terus ditentang hebat oleh penduduk. 
Nabi Yunus yang kecewa dengan sikap penduduk di situ yang masih ingkar. Lebih menyedihkan apabila pengikutnya sendiri telah menganut agama menyembah berhala. Baginda pun meninggalkan negeri Ninawa. Setelah berminggu-minggu berjalan akhirnya Nabi Yunus tiba di sebuah pantai. Ada sebuah kapal besar sedang bersiap-siap untuk belayar. Baginda pun hendak belayar lalu meminta izin daripada kapten kapal itu. Kapten kapal itu pun bersetuju. 
Nabi Yunus sangat disayangi oleh penumpang-penumpang kapal itu. Baginda seorang yang baik hati dan suka membantu. Pada suatu hari, berlaku ribut taufan yang sungguh dasyat. Semua penumpang kapal itu berasa cemas dan bimbang akan keselematan mereka. Kapten kapal mengarahkan semua penumpang membuang barang muatan ke laut. Namun, kapal mereka masih terumbang-ambing dihempas gelombang. Sekali lagi mereka diarahkan membuang barang-barang ke dalam laut tetapi keadaan kapal tidak juga berubah. "Salah seorang daripada kita terpaksa terjun ke laut, "kata kapten kapal. Oleh sebab tidak mempunyai cara lain lagi, akhirnya mereka bersetuju dengan cadangan kapten kapal. Mereka pun membuat undian sebanyak tiga kali. Daripada ketiga-tiga undian yang dibuat, nama Nabi Yunus yang terpilih. Baginda redha dengan ketentuan Allah S.W.T.. 
Nabi Yunus pun terjun ke dalam laut yang bergelora itu. Sebaik sahaja terjun, baginda telah diselamatkan oleh ikan Nun iaitu seekor ikan yang sangat bersar. Ia diperintahkan Allah S.W.T. supaya menyelamatkan Nabi Yunus daripada mati lemas. Ikan Nun disuruh Allah S.W.T. supaya menjaga Nabi Yunus dengan baik. Ketika itu ia berasa sangat lapar. Sejak pagi ia tidak makan apa-apa. Apabila ia hendak makan anak-anak ikan itu, ia teringat kepada manusia mulia yang berada di dalam perutnya. Jika ia makan, sudah tentulah Nabi Yunus yang berada di dalam perutnya itu cedera. Ia terpaksa berpuasa demi mengjaga keselamatan manusia mulia itu. 
Ikan Nun berasa gembira kerana dapat berjasa kepada manusia yang mulia itu. Demi menjaga keselamatan Nabi Yunus, ia terpaksa berpuasa. Ia sendiri tidak tahu berapa lamakah ia terpaksa berpuasa. Sudah tiga hari tiga malam ikan Nun berpuasa. Badannya terasa terlalu lemah. Sepanjang berpuasa ia mendengar manusia di dalam perutnya bertasbih tidak henti-henti memuji kebesaran Allah S.W.T.. Ikan Nun berasa kagum dengan ketabahan Nabi Yunus. Sepanjang ia berpuasa, sudah tentulah manusia yang berada di dalam perutnya berpuasa juga. Nabi Yunus masih mampu bertahan dan sentiasa memuji kebesaran Allah S.W.T. walaupun berada dalam keadaaan susah. 
Ikan Nun berenang untuk meneruskan perjalanannya ke lautan luas. Walaupun badannya semakin lemah tetapi juga berenang dengan semangat yang kuat dan memohon pertolongan Allah S.W.T.. Tiba hari keempat, ikan Nun tiba di sebuah pulau yang indah. Badannya semakin lemah dan tidak bermaya lagi. 
Perlahan-lahan ikan Nun membuka mulut seluas-luasnya supaya Nabi Yunus tidak cedera dan dapat keluar dengan selamat. Selepas itu, ikan Nun pun berenang ke dalam laut untuk mencari makanan. Pada hari itu ia akan berbuka puasa. Apa-apa yang akan ditemuinya nanti itulah rezekinya. Demikianlah pengorbanan ikan Nun kepada Nabi Yunus. 

*sumber kisah haiwan dari Al-Quran








Read More...

Wednesday, July 27, 2011

Lawatan Motivasi Murid Tahun 6 2011

Pada 27/07/2011 (Rabu) pelajar Tahun 6 SK Gangga telah mengikuti Program Lawatan Motivasi ke Taiping. Ini merupakan salah satu daripada Program Kecemerlangan UPSR 2011. Di antara tempat yg telah dilawati ialah SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Zoo Taiping, Muzium Negara dan Taman Tasik. Sekalung penghargaan diucapkan kpd pihak SERATAS dan Zoo Taiping atas layanan yg amat baik beserta aktiviti yang telah dijalankan untuk kumpulan pelajar ini. Untuk melihat lebih gambar sila lawati faceboook SK Gangga. Sekian dilaporkan.


Read More...

Monday, April 11, 2011

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI PERAK

SK Gangga telah menghantar 4 orang pelajar ke Kem Perkhemahan Kokurikulum Peringkat Negeri Perak di Pulau Pangkor yang telah berlangsung pada 6 April 2011 hingga 9 April 2011. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah Muhd Iman Haiqal B. Tahiruddin, Mohd Hafiz B. Nor Azlan, Nur Wahida Bt. Abd Rashid dan Juliana Bt. Mohd Zulkalnain. Diharapkan ada di antara pelajar-pelajar ini terpilih pula untuk ke Perkhemahan Peringkat Kebangsaan yang bakal dijalankan di Labuan, Sabah pada Jun 2011 nanti.

  




Read More...

Thursday, April 7, 2011

Program Motivasi UPSR 2011

Tarikh : 7 April 2011
Tempat : Dewan SK Gangga

Fasalitator : Pn. Noorhidayah Bt. Din (Guru Bimbingan & Kaunseling SK
Pantai Remis)

Satu program motivasi di bawah Program Peningkatan & Kecemerlangan UPSR telah selesai dilaksanakan khas untuk calon-calon UPSR 2011. Program ini bertujuan meningkatkan semangat dan kesedaran belajar dalam diri pelajar. Pelbagai aktiviti dan input yang amat berguna telah disampaikan oleh fasilitator. Diharapkan usaha ini akan menaikkan semangat para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR khususnya nanti. Terima Kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada puan fasalitator, Pn. Noorhidayah Bt. Din kerana sudi meluangkan masa dan tenaga untuk menjalankan program motivasi ini dengan jayanya..

Pn. Noorhidayah menyampaikan ceramah motivasinya

Menyanyikan lagu Jasa Bonda

Guru Besar, En. Zakaria B. Abu Hassan turut bersama-sama


Wajah-wajah sayu dan terharu mengenangkan Jasa Bonda...




Petikan nyanyian lagu "Jasa Bonda"




Read More...

Monday, March 28, 2011

SK Gangga Naib Johan Bola Baling Zon Beruas-Pantai Remis

BOLA BALING

Selang semingga kemudian, SK Gangga terus garang ingin menakluk zon Beruas-Pantai Remis. Kali ini dalam sukan bola baling. Setelah berjaya diperingkat kumpulan, layak ke separuh akhir dan ke peringkat akhir. Pada peringkat akhir, SK Gangga sekali lagi dipertemukan dengan musuh tradisinya iaitu SK Pantai Remis.

Pada separuh masa pertama SK Gangga mendahului dengan 2-0. Bermula babak kedua SK Pantai Remis berjaya merapatkan kedudukan dengan 3-1, seterusnya menyamakan kedudukan iaitu 3-3. Keputusan seri ini telah mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Pada separuh masa pertama masa tambahan, SK Gangga mendahului dengan 4-3. Namun, kelekaan pemain pada saat-saat akhir perlawanan telah mengakibatkan SK Pantai Remis berjay menyamakan kedudukan menjadi 4-4.

keputusan perlawanan ditentukan dengan balingan penalti. Setelah 11 orang pemain membaling, kedua-dua pasukan hanya berjaya mendapat 1 gol. Akhirnya perlawanan terpaksa ditentukan dengan lambungan duit.

SK Gangga tewas lambungan duit 1-2.

Walaupun tewas, pujian harus diberikan kepada pemain kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi. Tahniah!
Read More...

Monday, February 28, 2011

SK Gangga Johan Bola Sepak Zon Beruas-Pantai Remis

Sudah agak lama blog ini terbiar begitu sahaja. Kata orang, sudah 'berhabuk'. Namun, persekolahan harian tetap berjalan seperti biasa. Sepanjang Januari hingga Mac, pelbagai peristiwa serta kisah suka dan duka telah dilalui oleh warga SK Gangga.

BOLA SEPAK

Bola sepak paling mencuri tumpuan. Setelah sekian lama dahagakan kejayaan, akhirnya pasukan bola sepak SK Gangga telah berjaya menjuarai Pertandingan Bola Sepak MSSD Manjung Zon Beruas-Pantai Remis yang diadakan di SK Dendang. Kejayaan ini sudah dijangka awal-awal lagi apabila pasukan SK Gangga telah berjaya memenangi kesemua perlawanan persahabatan yang diadakan sebelum kejohanan bermula.

Berikut keputusan perlawanan persahabatan dan perlawanan peringkat zon.

  • SK Gangga (4) - SK Gelong Gajah (0)
  • SK Gangga (10) - SK Beruas (0)
  • SK Gangga (6) - SK Dendang (0)
  • SK Gangga (8) - Manjung Soccer Kids (2)

Perlawanan Peringkat Zon Beruas-Pantai Remis (22-23 Februari 2011)

Peringkat kumpulan
  • SK Gangga (2) - SK Beruas (0)
  • SK Gangga (2) - SK Pengkalan Bharu (0)
  • SK Gangga (5) - SK Dendang (1)

Separuh Akhir
  • SK Gangga (4) - SK Gelong Gajah (0)

Akhir
  • SK Gangga (3) - SK Pantai Remis (0)
Tahniah!

Read More...