Friday, February 15, 2013

Pengorbanan Ikan Nun



Nabi Yunus yang diutuskan oelh Allah S.W.T pergi ke negeri Ninawa untuk menyebarkan ajaran-Nya. Pada masa itu, penduduk di negeri tersebut menyembah berhala. Mereka juga suka berbuat jahat. Kini, hidup mereka telah jauh terpesong. Nabi Yunus tidak berputus asa. Setiap hari bagiinda berusaha bersungguh-sungguh mengajak penduduk di negeri itu beriman kepada Allah S.W.T.. Walau bagaimanapun baginda terus ditentang hebat oleh penduduk. 
Nabi Yunus yang kecewa dengan sikap penduduk di situ yang masih ingkar. Lebih menyedihkan apabila pengikutnya sendiri telah menganut agama menyembah berhala. Baginda pun meninggalkan negeri Ninawa. Setelah berminggu-minggu berjalan akhirnya Nabi Yunus tiba di sebuah pantai. Ada sebuah kapal besar sedang bersiap-siap untuk belayar. Baginda pun hendak belayar lalu meminta izin daripada kapten kapal itu. Kapten kapal itu pun bersetuju. 
Nabi Yunus sangat disayangi oleh penumpang-penumpang kapal itu. Baginda seorang yang baik hati dan suka membantu. Pada suatu hari, berlaku ribut taufan yang sungguh dasyat. Semua penumpang kapal itu berasa cemas dan bimbang akan keselematan mereka. Kapten kapal mengarahkan semua penumpang membuang barang muatan ke laut. Namun, kapal mereka masih terumbang-ambing dihempas gelombang. Sekali lagi mereka diarahkan membuang barang-barang ke dalam laut tetapi keadaan kapal tidak juga berubah. "Salah seorang daripada kita terpaksa terjun ke laut, "kata kapten kapal. Oleh sebab tidak mempunyai cara lain lagi, akhirnya mereka bersetuju dengan cadangan kapten kapal. Mereka pun membuat undian sebanyak tiga kali. Daripada ketiga-tiga undian yang dibuat, nama Nabi Yunus yang terpilih. Baginda redha dengan ketentuan Allah S.W.T.. 
Nabi Yunus pun terjun ke dalam laut yang bergelora itu. Sebaik sahaja terjun, baginda telah diselamatkan oleh ikan Nun iaitu seekor ikan yang sangat bersar. Ia diperintahkan Allah S.W.T. supaya menyelamatkan Nabi Yunus daripada mati lemas. Ikan Nun disuruh Allah S.W.T. supaya menjaga Nabi Yunus dengan baik. Ketika itu ia berasa sangat lapar. Sejak pagi ia tidak makan apa-apa. Apabila ia hendak makan anak-anak ikan itu, ia teringat kepada manusia mulia yang berada di dalam perutnya. Jika ia makan, sudah tentulah Nabi Yunus yang berada di dalam perutnya itu cedera. Ia terpaksa berpuasa demi mengjaga keselamatan manusia mulia itu. 
Ikan Nun berasa gembira kerana dapat berjasa kepada manusia yang mulia itu. Demi menjaga keselamatan Nabi Yunus, ia terpaksa berpuasa. Ia sendiri tidak tahu berapa lamakah ia terpaksa berpuasa. Sudah tiga hari tiga malam ikan Nun berpuasa. Badannya terasa terlalu lemah. Sepanjang berpuasa ia mendengar manusia di dalam perutnya bertasbih tidak henti-henti memuji kebesaran Allah S.W.T.. Ikan Nun berasa kagum dengan ketabahan Nabi Yunus. Sepanjang ia berpuasa, sudah tentulah manusia yang berada di dalam perutnya berpuasa juga. Nabi Yunus masih mampu bertahan dan sentiasa memuji kebesaran Allah S.W.T. walaupun berada dalam keadaaan susah. 
Ikan Nun berenang untuk meneruskan perjalanannya ke lautan luas. Walaupun badannya semakin lemah tetapi juga berenang dengan semangat yang kuat dan memohon pertolongan Allah S.W.T.. Tiba hari keempat, ikan Nun tiba di sebuah pulau yang indah. Badannya semakin lemah dan tidak bermaya lagi. 
Perlahan-lahan ikan Nun membuka mulut seluas-luasnya supaya Nabi Yunus tidak cedera dan dapat keluar dengan selamat. Selepas itu, ikan Nun pun berenang ke dalam laut untuk mencari makanan. Pada hari itu ia akan berbuka puasa. Apa-apa yang akan ditemuinya nanti itulah rezekinya. Demikianlah pengorbanan ikan Nun kepada Nabi Yunus. 

*sumber kisah haiwan dari Al-Quran








No comments:

Post a Comment