Sunday, November 14, 2010

Persahabatan Bola Sepak: Gangga Menang!



Satu perlawanan bola sepak (timbal balik) telah diadakan di antara Bakar Bata FC (Gelong Gajah) menentang SK Gangga pada 11.11.2010 bertempat di padang Kg. Bakar Bata. Dalam perlawanan tersebut, SK Gangga telah berjaya menewaskan Bakar Bata FC dengan jaringan 2-1.

Bakar Bata terlebih dahulu membuka jaringan apabila pemain penyerangnya melambungkan bola dari sebelah kanan kawasan gol yang dijaga oleh adik Mohd Khairol Ayob. Khairol yang tidak dapat mengagak bola tersebut akhirnya terpaksa mengambil bola di dalam jaring. Bakar Bata 1 Gangga 0.

Selepas jaringan itu, para pemain menggandakan asakan ke arah pintu gol Bakar Bata. Hasilnya, Gangga berjaya memperoleh gol penyamaan. Gol tersebut disumbangkan oleh adik Mohd Luqman Arif yang melarikan bola dari sebelah kiri seterusnya merembat deras menewaskan penjaga gol Bakar Bata. Bakar Bata 1 Gangga 1.

Gol tersebut juga telah membakar semangat pemain-pemain yang lain. Akibatnya, para pemain telah mengasak bertubi-tubi ke arah pintu gol Bakar Bata. Akhirnya, 5 minit sebelum perlawanan tamat, pemain sayap kanan, adik Badrul Amin Mahyudin telah berjaya menjaringkan gol kemenangan buat pasukan Gangga apabila berjaya merembat dari luar kotak penalti seterusnya menewaskan penjaga gol Bakar Bata.

Keputusan penuh, Bakar Bata 1, SK Gangga 2.

Kemenangan ini sangat bermakna kepada pemain selepas ditewaskan oleh lawan yang sama sebelum ini di halaman sendiri.

Tahniah!

Nama Pemain SK Gangga
  1. Mohd Khairol Ayob (GK)
  2. Muhd Hazim
  3. Muhd Anas
  4. Amir Amirul Azly
  5. Muhd Hafiz Zulhilmi
  6. Muhd Yusri (Kapten)
  7. Muhd Syabil
  8. Muhd Badrol Amin
  9. Muhd Luqman Arif
  10. Ammar Yasir
  11. Muhd Akmal Badri

Simpanan
  1. Muhd Syahmi
  2. Muhd Aifaa
  3. Muhd Alif Redza
  4. Aidil Fazreen
  5. Abu Hurairah
  6. Muhd Zulfadzil
  7. Muhd Zikri
Jurulatih: Ust Abd Hafiz
Pen. Jurulatih: Cikgu Mohd Akhyar

Penyokong & pemain simpanan Bakar Bata

Penyokong & pemain simpanan SK Gangga

Kick-off

Cikgu Jaafar & Ust Hafiz

Pong pong girl SK Gangga










"Bila laa aku dapat main ni..." -boy








No comments:

Post a Comment