Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Saturday, September 4, 2010

Yang Pergi dan Yang Kembali

Bulan Ogos menyaksikan perubahan besar struktur organisasi tenaga pengajar di SK Gangga apabila kehilangan tiga orang guru berwibawa.

Yang Pergi

Bermula dengan pertukaran guru Bahasa Inggeris, Pn. Sathya Sri, Gangga kemudiannya kehilangan guru serba boleh iaitu En. Eddy b. Idris yang dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah di Pusat Kokurikulum Daerah Manjung di Pangkor pada.

Pn. Sathya Sri

En. Eddy b. Idris

Seminggu selepas itu, Guru Cemerlang Kemahiran Hidup, Tn. Hj Mior Huthamuddin b. Shahuddin pula meninggalkan SK Gangga apabila bersara wajib pada 29 Ogos 2010. Kehilangan ini sangat dirasai kerana Tn. Hj. Mior telah berkhidmat dengan SK Gangga sejak tahun 1984 iaitu kira-kira selama 26 tahun.

Tn. Hj. Mior Huthamuddin


Yang kembali

Selain itu, pada bulan ini juga SK Gangga mendapat semula khidmat guru j-QAF, En. Abdul Hafiz bin Lidin yang ditempatkan semula di SK Gangga setelah menamatkan pengajian di IPG Kampus Ipoh. Ustaz Hafiz yang telah berkhidmat kira-kira 1 tahun 6 bulan di SK Gangga sebagai guru pelatih kini akan meneruskan tugas sebagai guru tetap dan akan berkhidmat di Gangga sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 tahun lagi.

Ustaz Hafiz


Kepada yang bertukar dan dinaikkan pangkat, selamat maju jaya di ucapkan. Kepada yang bersara, selamat bersara dan kepada yang baru ditempatkan selamat menjalankan tugas.
Read More...

Wednesday, January 7, 2009

En. Azuddin B. Latif (bekas GPK 1)

SK Gangga kehilangan seorang lagi guru iaitu En. Azuddin B. Latif yang telah ditukar dan dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar ke SK Ladang Huntly. Warga SK Gangga pastinya amat merindui ketiadaan beliau yang sememangnya terkenal dengan sifat bertanggungjawab, lemah-lembut, peramah serta amat mudah dibawa berbincang.... Walau bagaimanapun, tahniah kepada beliau dan ucapan SeLamaT maJu Jaya dengan tugas baru serta persekitaran sekolah yang baru.... Salam dari kami seluruh warga SKG...
Read More...