Tarikh: 4 & 5 November 2009
Tempat: Padang SK Gangga
Murid-murid berkumpul di padang SK Gangga dan mendirikan khemah.
4.00 petang
Murid-murid serta guru menikmati minum petang di kantin sekolah. Menu yang disajikan ialah roti jala, kuah durian dan teh o panas.
4.30 petang
Solat asar.
5.00 petang
Pertandingan kawad kaki. Peserta perkhemahan yang dibahagikan kepada lima kumpulan menunjukkan kehebatan masing-masing berkawad kaki. Pertandingin yang pada mulanya dilakukan di dataran sekolah terpaksa dipindahkan ke dalam dewan SK Gangga akibat hujan. Namun begitu, pertandingan tetap berjalan dengan lancar.
Pertandingan diadili oleh lima orang hakim yang terdiri daripada En. Robin b. Indar (keseragaman), Tn. Hj. Mior Huthamuddin b. Shahudin (disiplin), En. Yusoff b. Khushairi (pakaian), Pn. Faridahtul Amlar bt. Ramli (formasi), En. Ihsan b. Sabri (komander).
7.00 malam
Para peserta perkhemahan bersiap mandi dan solat maghrib.
7.30 malam
Para peserta menunaikan solat magrib. Selesai solat para peserta mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Hafiz b Lidin.
8.00 malam
Peserta perkhemahan berkumpul di dewan SK Gangga untuk pertandingan mencipta logo. Setiap kumpulan dikehendaki mencipta satu logo kumpulan yang mempunyai maksud tersendiri. Selepas itu, setiap kumpulan diminta mempersembahkan logo masing-masing kepada para hakim.
Selesai pertandingan mencipta logo, majlis diteruskan lagi dengan acara malam kebudayaan. Setiap kumpulan menunjukkan bakat masing-masing melalui malam kebudayaan ini. Antara persembahan yang disajikan ialah persembahan tarian, dikir barat dan ulik mayang.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Guru Besar SK Gangga, En. Zaini Makhtar bin Che Kassim serta seluruh warga pendidik SK Gangga yang datang bersama keluarga masing-masing.
10.30 malam
Tepat jam 10.30 malam, semua peserta perkhemahan beserta guru-guru bergerak ke kantin sekolah untuk menikmati makan malam. Makan malam yang disajikan ialah nasi putih serta ayam panggang ala barbeque yang disediakan oleh guru-guru yang diketuai oleh En. Eddy bin Idris.
11.00 malam
Para peserta masuk tidur.
2.00 pagi
Aktiviti burung hantu. Sebahagian para peserta telah dipilih untuk aktiviti burung hantu. Aktiviti ini dilakukan dengan cara menutup mata peserta dengan kain. Peserta seterusnya dikehendaki berjalan mengikut tali yang telah diikat pada pokok-pokok dan bangunan sekolah secara berseorangan.
Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk menguji ketahanan mental dan fizikal murid-murid dalam keadaan yang sukar dan serba mencabar.
Melalui aktiviti ini juga murid-murid diajar betapa perlunya manusia yang sempurna menghargai dan bersyukur dengan mata yang diberikan oleh Allah untuk melihat. Aktiviti tamat sepenuhnya pada jam 5 pagi.
6.00 pagi
Solat subuh dan tazkirah yang disampaikan oleh Tn. Hj. Saarani bin Zaidun.
7.00 pagi
Sarapan pagi. Menu yang disajikan ialah nasi lemak dan teh tarik.
7.30 pagi
Aktiviti senam robik & poco-poco yang diketuai oleh En. Eddy bin Idris.
8.30 pagi
Pertandingan memasak. Setiap kumpulan dibantu oleh guru pembimbing masing-masing bekerjasama mencari kayu api, menghidupkan api, memotong bahan-bahan masakan dan memasak nasi goreng mengikut kreativiti masing-masing.
11.00 pagi
Para hakim pertandingan memasak yang diketuai oleh En. Zaini (kantin) mengetuai penilaian masakan yang dibuat oleh setiap kumpulan. Para peserta seterusnya menjamu selera dengan makanan yang dimasak.
12.30 tengah hari
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pen. Kanan Pentadbiran, En. Khalid b. Hj. Mohamad.
1.30 petang
Majlis bersurai.
Acara Pemenang
Pertandingan kawad kaki Kumpulan 3
Pertandingan mencipta logo Kumpulan 2
Persembahan malam kebudayaan Kumpulan 1
Pertandingan memasak Kumpulan 4
Johan keseluruhan Kumpulan 4
No comments:
Post a Comment