Saturday, May 30, 2009

Salam Perpisahan & Selamat Bercuti!

Pada 29 Mei 2009, SK Gangga telah kehilangan seorang staf sokongan, Pn Maslinda yang bertukar ke JPWP Kuala Lumpur. Pn. Maslinda telah berkhidmat di SK Gangga sejak tahun 2006 sebagai pembantu pengurusan murid dan warden Asrama Desa. Kami warga Gangga mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Ingat-ingatlah kami disini. :)


Cikgu Robin selaku Pengerusi KGKT mengiringi Guru Besar, En. Zaini Makhtar bin Che Kassim menyampaikan cenderahati kepada Pn. Maslinda.

Serentak dengan itu juga, pada hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi semester yang pertama. Di kesempatan ini murid-murid mengambil peluang untuk bersalam-salaman dengan guru-guru sebelum melangkahkan kaki pulang ke rumah masing-masing. Selamat Bercuti!

Murid tahun 6 bersalaman dengan Teacher Lina

Murid lelaki tahun 6 SK Gangga

Peace! v(",)

Read More...

Friday, May 22, 2009

Selamat Hari Guru 2009



Pada tanggal 18 Mei 2009 (Isnin) telah berlangsung sambutan Hari Guru peringkat sekolah di SK Gangga. Tema hari guru kali ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Hari Guru terpaksa disambut pada tarikh tersebut kerana pada tahun ini, tarikh 16 Mei jatuh pada hari Sabtu. Sambutan dibuat agak sederhana memandangkan murid-murid akan menduduki peperiksaan PKSR bermula keesokan harinya.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn Hj. Saarani b. Saidon, ucapan Guru Besar En. Zaini Makhtar bin Che Kassim seterusnya pembacaan perutusan Hari Guru dari Pengarah Pendidikan Malaysia oleh Pen. Kanan HEM, En. Yusof bin Khushairi dan perutusan Hari Guru dari Menteri Pendidikan Malaysia oleh Pen. Kanan Kokurikulum, En. Jaafar bin Hanapi.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar guru yang diketuai oleh En. Robin bin Indar. Seterusnya nyanyian lagu Guru Malaysia oleh tenaga pendidik SK Gangga. Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam di sekitar hari guru 2009.


Ucapan Guru Besar

Ucapan Pen. Kanan HEM

Ucapan Pen. Kanan Kokurikulum

Bacaan ikrar guru yang diketuai oleh Cikgu Robin yang dilafaz dengan penuh bersemangat!

Alunan merdu suara cikgu-cikgu SK Gangga menyanyikan lagu Guru Malaysia

Johan pertandingan sajak hari guru

Trio guru senior SK Gangga

Persembahan murid tahun 5

Persembahan murid tahap 1

Ucapan wakil murid oleh adik Fahmi dari tahun 6

Cikgu Zainol dikerumuni peminat-peminatnya

Cikgu Robin tak menang tangan melayan peminat

Cikgu paling popular SK Gangga 2009, Cikgu Mior menewaskan cikgu-cikgu lain dalam pungutan hadiah.

Cikgu Robin & Ustaz Hafiz menerima kuntuman bunga dari awek-awek SK Gangga ;)

Read More...