Friday, November 12, 2010

Keputusan UPSR 2010: 2 orang dapat 5A

Adik Nabila & adik Hidayu


Adik Nabila bersama ibu & ayah


Adik Hidayu bersama ibu tersayang

Dua orang murid tahun 6 SK Gangga 2010 (daripada 41 orang) telah berjaya memperoleh semua A dalam matapelajaran yang diambil. Mereka ialah adik Nurul Nabila Kamarul Bahrin dan adik Mas Nurhidayu Hermanto. Seluruh warga Gangga mengucapkan jutaan tahniah dan berasa bangga dengan kejayaan anda.

Secara keseluruhannya prestasi SK Gangga tahun ini agak baik. Seramai 5 orang murid telah berjaya memperoleh 4A 1B. Paling mengejutkan ialah keputusan mata pelajaran sains apabila seramai 10 orang berjaya mendapat A dan lulus 100%. Tahniah diucapkan kepada guru sains yang baru iaitu Cikgu Akhyar.

Selain itu, mata pelajaran penulisan juga mencatatkan kelulusan 100%. Tahniah kepada guru yang mengajar iaitu Cikgu Azman.

Kepada yang berjaya tahniah diucapkan. Kepada yang tidak berjaya, ingatlah ini hanya permulaan. Terdapatkan banyak ruang dan peluang untuk anda meningkatkan diri anda di masa hadapan.

Anugerah Cemerlang

Sebelum keputusan UPSR diumumkan, kecemerlangan adik Nabila sudah terserlah awal-awal lagi apabila dinobatkan selaku Tokoh Akademik dan Tokoh Murid 2010.

Tokoh Akademik & Tokoh Murid 2010


Adik Badrul Amin Mahyudin - Tokoh Kokurikulum (L)

Adik Syahira Kassim - Tokoh Kokurikulum (P)

Pelajar Harapan 2011 - Adik Amirul Mukminin Amri

Pelajar Harapan 2011 - Adik Anis Solehah Amad Sabri

Pelajar Harapan 2011 - Adik Syafiqah Ruslan


SUKA DAN DUKA UPSR 2010















No comments:

Post a Comment