Wednesday, March 31, 2010

Gangga Naib Johan Sepak Takraw Daerah Manjung


Pada 29 & 30 Mac 2010, telah berlangsung Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Daerah Manjung. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan sepak takraw SK Gangga yang telah berjaya untuk julung-julung kalinya setelah sekian lama mendapat Naib Johan bagi daerah Manjung. Walaupun tidak berjaya membawa pulang piala kejohanan, para pemain telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sebelum akur kepada pasukan dari SK Batu 10 yang bermain lebih baik. Pasukan SK Gangga diwakili oleh adik Muhd Badrol Amin Mahyudin selaku tekong & kapten pasukan, adik Ammar Yasir (apit kanan/killer), adik Muhd Luqman Arif (apit kiri/feeder) dan Muhd Hafiz Zulhilmi (simpanan).

Kecemerlangan Gangga terserlah sejak dari awal lagi apabila telah berjaya memenangi 3 perlawanan peringkat kumpulan dengan straight set 2-0. Pada peringkat suku akhir, pasukan Gangga telah diundi bertemu dengan SK Pengkalan Bharu. Trio Gangga tidak menghadapi masalah untuk menewaskan regu Pengkalan Bharu juga dengan straight set 2-0.

Pada peringkat separuh akhir, regu sekolah telah berhadapan dengan SK Pangkor. SK Pangkor adalah lawan yang agak sukar ditumbangkan apabila berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan (tie-break). Namun ketenangan yang ditunjukkan oleh para pemain telah berjaya menyerap segala tekanan dan beroleh kemenangan 2-1.

Pada peringkat akhir, SK Gangga telah bertemu dengan SK Batu 10, Lekir. Para pemain telah bermain dengan baik dan memberi tentangan sengit namun terpaksa akur dengan kelebihan lawan yang bermain dengan cemerlang. SK Gangga tewas 0-2.

Tahniah diucapkan kepada adik Muhd Badrol Amin (tekong) kerana telah berjaya terpilih mewakili daerah Manjung ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 5 April 2010 di SM Teknik Kerian.

Selamat maju jaya diucapkan!

Senarai nama pemain
  1. Muhd Badrol Amin b. Mahyudin - Tekong / Kapten
  2. Ammar Yasir b. Mahadi- Apit kanan / Killer
  3. Luqman Arif b. Saari- Apit kiri / Feeder
  4. Muhd Hafiz Zulhilmi b. Hamdan - Simpanan
Jurulatih: En. Abdul Hafiz bin Lidin
Pengurus: En. Zainol Azreen bin Zakaria

Laluan SK Gangga ke perlawanan akhir.

Peringkat Kumpulan
  • SK Gangga kalahkan SJK Tamil Pangkor, 2-0
  • SK Gangga kalahkan SK TLDM Lumut, 2-0
  • SK Gangga kalahkan SK Ayer Tawar, 2-0

Peringkat Suku Akhir
  • SK Gangga kalahkan SK Pengkalan Bharu, 2-0

Peringkat Separuh Akhir
  • SK Gangga kalahkan SK Pangkor, 2-1

Peringkat Akhir
  • SK Gangga kalah kepada SK Batu 10, Lekir, 0-2

Gaya Killer dan Tekong sekolah

"Naib Johan pun jadi ler..."
Bersama pengurus pasukan - Cikgu Zainol

Adik Badrol Amin, terpilih mewakili daerah Manjung

Dapat Naib Johan dapat la makan KFC...

No comments:

Post a Comment