Friday, March 5, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah



Sila tekan 'play' kemudian tekan 'pause' (II) terlebih dahulu untuk menonton dengan lebih jelas

















Pada 5 Mac 2010 bersamaan dengan 19 Rabiulawal 1431 H Panitia Agama Islam & Moral SK Gangga telah menganjurkan sambutan maulidur rasul peringkat sekolah. Tema sambutan kali ini ialah Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah. Pada sambutan kali ini, panitia agama telah menjemput vokalis kumpulan Diwani yang popular pada tahun 90-an dengan lagu Subhanallah iaitu Ustaz Hasnul untuk membuat persembahan.

Berikut adalah tentatif program yang berlangsung pada hari tersebut.

8.00 a.m - Murid berkumpul di tapak perhimpunan.

8.30 a.m - Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis iaitu En. Azman b Hashim

8.40 a.m - Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Abdul Hafiz b Lidin.

8.50 a.m - Ucapan YDP PIBG En. Nazzir Hussain b. Hj. Mydeen

9.00 a.m - Ucapan Guru Besar En. Zaini Makhtar b. Che Kassim

9.10 a.m - Persembahan nasyid SK Gangga

9.30 a.m - Rehat. Murid-murid menikmati jamuan yang disediakan.

10.00 a.m - Persembahan nasyid oleh bekas vokalis Kumpulan Nasyid Diwani - Ustaz Hasnul

10.30 a.m - Kuiz Maulidur Rasul - tahap 1

10.40 a.m - Sambungan persembahan nasyid.

11.00 a.m - Kuiz Maulidur Rasul - tahap 2.

11.10 a.m - Persembahan nasyid Kumpulan Al-Ikhwan

11.30 a.m - Kuiz Maulidur Rasul - untuk guru-guru & staf.

11.45 a.m - Jamuan makan di kantin sekolah.

12.00 p.m - Majlis bersurai.


Gambar sekitar majlis.





Kumpulan nasyid SK Gangga













































No comments:

Post a Comment