Pada tanggal 25 Julai 2009, telah berlangsung Program Teknik Menjawab Soalan (TMS) UPSR 2009. Program ini diadakan sebagai langkah persediaan murid-murid tahun 6 untuk menduduki peperiksaan yang bakal menjelang tiba. Pihak sekolah telah menjemput seramai 4 orang guru dari daerah Manjung untuk memberi ceramah kepada murid dalam subjek Bahasa Melayu (Pemahaman & Penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Mereka terdiri daripada:
- Tn. Hj. Abdullah, Guru Cemerlang Bahasa Melayu) dari SK Panchor (Bahasa Melayu)
- Pn. Teh Maliha - (Bahasa Inggeris)
- Pn. Hamimah bt Hashim dari SK Telaga Nenas (Sains)
- En. Ariffin dari SK Kampong Kota - (Matematik)
Gambar-gambar yang sempat diambil ketika program berlangsung
Tn. Hj Abdullah memberi ceramah berkenaan teknik-teknik menjawab soalan Bahasa Melayu kepada murid-murid tahun 6
Murid-murid tersenyum ceria mendengar celoteh 'Pak Dolah'
TMS Bahasa Inggeris
"Buat macam ni." Mungkin itu yang diperkatakan oleh penceramah kepada Azwan
TMS Sains
Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Tn. Hj. Abdullah
Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Pn. Teh Maliha
Murid-murid beratur mengambil makanan
Dua gadis yang tak mungkin berpaling
Cikgu Azman bergambar dengan murid-murid tahun 6