Pintu masuk dari SK Beruas
Isu yang sedang hangat diperkatakan oleh warga SK Gangga ketika ini ialah berkenaan laluan baru masuk ke sekolah. Setelah sekian lama warga Gangga menggunakan laluan yang sama dengan SK Beruas, akhirnya pada cuti semester yang lalu, SK Gangga mempunyai identitinya sendiri apabila laluan baru masuk ke sekolah siap sepenuhnya.
Maka dengan itu, bermula 1 Julai 2009, sekolah telah mengambil keputusan untuk menutup laluan dari SK Beruas dan menggunakan laluan baru ini sepenuhnya. Namun, keputusan ini mendapat bantahan dari banyak pihak terutamanya ibu bapa yang bimbang akan keselamatan anak-anak mereka. Antara maklum balas mereka ialah laluan keluar dari SK Gangga ini agak berbahaya kerana berada di jalan utama Jalan Bruas-Ayer Tawar yang agak sibuk. Selain itu, jambatan yang berada di sebelah kiri simpang keluar tersebut agak mengganggu pandangan terutamanya bagi mereka yang hendak menyeberangi jalan.
Setelah bermesyuarat, pihak sekolah telah menarik balik keputusan menutup pintu pagar dari SK Beruas. Namun, laluan ini hanya boleh digunakan pada waktu siang sahaja iaitu dari 7 pagi ke 6 petang . Pada masa yang sama pihak sekolah bersama-sama dengan Jawatankuasa PIBG SK Gangga akan berusaha mencari jalan alternatif kepada laluan yang ada sekarang.
Berikut kronologi isu pintu masuk ke
SK Gangga:
15 Jun 2009: Pintu masuk baru ke SK Gangga sedia untuk digunakan.
18 Jun 2009: Mesyuarat pihak sekolah dengan PIBG SK Gangga bersetuju menggunakan pintu baru sepenuhnya dan menutup pintu
masuk dari SK Beruas mulai 1 Julai 2009.
1 Julai 2009: Pintu masuk ke SK Gangga berkuatkuatsa sepenuhnya.
6 Julai 2009: Mesyuarat guru-guru memutuskan pintu pagar dari SK Beruas dibuka semula seperti biasa sehingga langkah-langkah keselamatan diambil sewajarnya.
7 Julai 2009: Dialog antara guru, PIBG SK Gangga dan PIBG SK Beruas bertempat di SK Beruas. Ibu bapa berterima kasih kepada pihak sekolah dengan keputusan yang dibuat seterusnya sepakat berusaha mencari jalan alternatif yang lebih selamat untuk masuk ke SK Gangga.
No comments:
Post a Comment