Pelajar berikut telah dikesan kerap ponteng kelas tambahan SBT, dan tindakan amaran telah diambil oleh Guru Pen. Kanan HEM, En. Mohd Yusoff sewaktu perhimpunan pagi... Harap harap murid tersebut dapat mengubah sikap dan tidak ponteng lagi... Lain kali keluar gambar dah tak tutup mata lagi... Kalau malu, janganla ponteng2......
Monday, June 29, 2009
Friday, June 26, 2009
Bagaimana untuk memberi komen?
Assalamualaikum.
Read More...
Bagi anda yang masih baru dalam dunia blog, hari ini saya akan kongsikan dengan anda cara untuk memberi komen berkaitan sesuatu berita yang disiarkan dalam blog SK Gangga. Ikuti langkah demi langkah dan selamat mencuba!
Saturday, June 20, 2009
Karnival Asrama Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak 2009
Pada 20 Jun 2009, kontinjen Asrama Desa SK Gangga telah berangkat ke SK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan bagi menyertai Karnival Kokurikulum Asrama Peringkat Negeri Perak. Asrama SK Gangga telah menghantar wakil bagi acara pidato, scrabble, sajak, catur, nasyid dan sepak takraw.
Tahniah diucapkan kepada adik Fahmi Firas dan Anis Solehah kerana masing-masing berjaya menjuarai pertandingan Scrabble (kategori lelaki) dan Pidato. Berikut adalah keputusan penuh kejayaan wakil SK Gangga.
Catur (L) - Tempat Keempat (Adik Syahrul Nizar)
Bagi acara sepak takraw, SK Gangga bermula garang menewaskan SK Andika Raja dengan straight-set 2-0 untuk layak ke peringkat suku akhir. Namun pada perlawanan berikutnya, pasukan SK Gangga yang pada awalnya menang mudah 21-11 pada set pertama terpaksa akur dengan skill SMK Redang Panjang apabila tumpas mengejut 16-21, 8-15 pada set kedua dan ketiga. Namun pujian harus diberikan kepada para pemain kerana telah berusaha bersungguh-sungguh serta menunjukkan semangat juang yang tinggi.
Scrabble (L) - Johan (Adik Fahmi Firas b Amad Sabri)
Pidato - Johan (Adik Anis Solehah bt Amad Sabri)
Sajak - Naib Johan (Adik Fatin Nur Ain bt Abdul Munir)
Nasyid - Tempat Ketiga
Sajak - Naib Johan (Adik Fatin Nur Ain bt Abdul Munir)
Nasyid - Tempat Ketiga
Scrabble (P) - Tempat Keempat (Adik Nurdini bt Amri)
Bagi acara sepak takraw, SK Gangga bermula garang menewaskan SK Andika Raja dengan straight-set 2-0 untuk layak ke peringkat suku akhir. Namun pada perlawanan berikutnya, pasukan SK Gangga yang pada awalnya menang mudah 21-11 pada set pertama terpaksa akur dengan skill SMK Redang Panjang apabila tumpas mengejut 16-21, 8-15 pada set kedua dan ketiga. Namun pujian harus diberikan kepada para pemain kerana telah berusaha bersungguh-sungguh serta menunjukkan semangat juang yang tinggi.
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Juga kepada jurulatih & guru pembimbing yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan kejayaan para peserta.
Johan acara Scrabble (L) - Adik Fahmi Firas menerima hadiah daripada Ketua Sektor Bahagian Pembangunan Jabatan Pelajaran Perak.
Johan Pidato - Adik Anis Solehah
Saturday, May 30, 2009
Salam Perpisahan & Selamat Bercuti!
Pada 29 Mei 2009, SK Gangga telah kehilangan seorang staf sokongan, Pn Maslinda yang bertukar ke JPWP Kuala Lumpur. Pn. Maslinda telah berkhidmat di SK Gangga sejak tahun 2006 sebagai pembantu pengurusan murid dan warden Asrama Desa. Kami warga Gangga mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Ingat-ingatlah kami disini. :)

Serentak dengan itu juga, pada hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi semester yang pertama. Di kesempatan ini murid-murid mengambil peluang untuk bersalam-salaman dengan guru-guru sebelum melangkahkan kaki pulang ke rumah masing-masing. Selamat Bercuti!
Read More...
Cikgu Robin selaku Pengerusi KGKT mengiringi Guru Besar, En. Zaini Makhtar bin Che Kassim menyampaikan cenderahati kepada Pn. Maslinda.
Serentak dengan itu juga, pada hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi semester yang pertama. Di kesempatan ini murid-murid mengambil peluang untuk bersalam-salaman dengan guru-guru sebelum melangkahkan kaki pulang ke rumah masing-masing. Selamat Bercuti!
Friday, May 22, 2009
Selamat Hari Guru 2009

Pada tanggal 18 Mei 2009 (Isnin) telah berlangsung sambutan Hari Guru peringkat sekolah di SK Gangga. Tema hari guru kali ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Hari Guru terpaksa disambut pada tarikh tersebut kerana pada tahun ini, tarikh 16 Mei jatuh pada hari Sabtu. Sambutan dibuat agak sederhana memandangkan murid-murid akan menduduki peperiksaan PKSR bermula keesokan harinya.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn Hj. Saarani b. Saidon, ucapan Guru Besar En. Zaini Makhtar bin Che Kassim seterusnya pembacaan perutusan Hari Guru dari Pengarah Pendidikan Malaysia oleh Pen. Kanan HEM, En. Yusof bin Khushairi dan perutusan Hari Guru dari Menteri Pendidikan Malaysia oleh Pen. Kanan Kokurikulum, En. Jaafar bin Hanapi.
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar guru yang diketuai oleh En. Robin bin Indar. Seterusnya nyanyian lagu Guru Malaysia oleh tenaga pendidik SK Gangga. Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam di sekitar hari guru 2009.
Wednesday, March 25, 2009
HaRi SuKaN 2009
TaHniah kepada seluRuH waRgA SK GanGGa seRta baRisan PIBG keRana berJaya menJaYakAn HaRi SuKan (KOT) kali Ke-51 pada 11 MAC yang lalu.. HaRi SuKan ini telaH diRasmikaN oleh waKli PPD iaitu Tn. Hj. Mohd AkhiR. TaHniah diucaPkan kepaDa RumAh mEraH keRana menjaDi joHan Rumah Sukan paDa taHuN iNi...

Read More...
RUMAH KUNING.... CUBA LAGI TAHUN HADAPAN...

BRAVO RUMAH MERAH... 

AKSI POCO-POCO....
KEGARISAN... SEDIAAA......
PENYELIA PESERTA TETAP DAN BERPENCEN...
NAK BERSUKAN KE NAK BERGAYA? HEHEHE..
Sunday, March 15, 2009
Johan & Naib Johan Hafazan Daerah Manjung
Pada 13 Mac 2009, telah berlangsung Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Manjung 2009 bertempat di SK Seri Bayu, Manjung. SK Gangga telah menghantar beberapa wakil untuk menyertai pertandingan hafazan (lelaki & perempuan), pertandingan khat dan pertandingan rawi.
Sekalung tahniah diucapkan kepada adik Amirul Mukminin b. Amri dan adik Nurdini bt. Amri kerana berjaya memenangi tempat pertama (kategori lelaki) dan tempat kedua (kategori perempuan) dalam acara hafazan seterusnya mewakili daerah Manjung ke peringkat negeri Perak.

Tahniah Dini & Amirul!
Subscribe to:
Posts (Atom)