Wednesday, September 30, 2009

LAMAN WEB PANITIA MATEMATIK SK GANGGA

Laman Web Panitia Matematik SK Gangga kini telah diaktifkan semula..Pelbagai bahan menarik berkaitan matematik ada di sana. Semua murid dan guru boleh mengakses laman tersebut dengan menaip atau klik pada alamat berikut :

http://www.ganggamt.yolasite.com

Terima Kasih kerana sudi mengunjungi...
Read More...

Friday, September 18, 2009

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL FiTrI


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
kepada semua guru-guru, kakitangan sokongan, serta murid-murid SK Gangga.
Sesungguhnya diri ini hanya insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan salah dan silap.

Kepada yang ingin pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Kepada murid-murid, jaga diri baik-baik ketika berhari raya. Jangan lupa ucapkan terima kasih jika mendapat duit raya.

Raya nanti jemput la ke rumah :)


Read More...

Saturday, September 12, 2009

Tadarus Al-Quran

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda;

"Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan 10 kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."


CATATAN sejarah menunjukkan bahawa ulama terdahulu tidak pernah lekang dengan amalan membaca al-Quran sebaik tiba Ramadan.

Mereka tidak lagi menjalankan kegiatan lain, selain beristiqamah dengan amal ibadat, termasuk membaca al-Quran.

Sepanjang Ramadan, masjid, surau, madrasah dan rumah mereka diisi amalan membaca al-Quran.

Dalam satu riwayat ada diceritakan bahawa Imam Malik melapangkan waktu pada Ramadan. Sebaik Ramadan tiba, Imam Malik tidak mahu lagi menyibukkan diri dengan tugas apa pun, selain membaca al-Quran.

Pada bulan ini, Imam Malik meninggalkan seketika tugasnya untuk mengajar, memberi fatwa dan melakukan pelbagai urusan lain, terutama bersangkut-paut dengan urusan keduniaan.

Imam Malik pernah berkata sebaik tiba Ramadan: “Ini adalah bulan al- Quran.”

Demikian besarnya penghormatan yang diberikan seorang aulia' (pewaris nabi) terhadap Ramadan dan al-Quran. Ia seolah-olah tersimpul dalam ikatan sungguh kuat hingga sanggup menghentikan segala urusan lain.

Bertitik tolak daripada itu, Program Tadarus Al-Quran telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan kali ini di Surau Asrama SK Gangga. Ia diadakan pada setiap hari pada waktu rehat bermula 10:15-10:45 pagi bagi murid tahap 1 dan 10:45-11:15 pagi bagi murid tahap 2. Seramai 20 orang murid yang fasih membaca Al-Quran telah dipilih bagi menyertai program tadarus Al-Quran ini.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menghidupkan bulan Ramadhan ini dengan membaca Al-Quran.














Read More...

Friday, September 11, 2009

UPSR 2009

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid tahun 6 kerana telah berjaya menduduki peperiksaan UPSR dengan jayanya. Walaupun dalam keadaan berpuasa dan terpaksa memakai topeng muka rentetan daripada wabak H1N1, murid-murid SK Gangga tetap bersemangat waja memberikan 100% terbaik ketika menjawab soalan UPSR. Mudah-mudahan anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang!













Read More...

Wednesday, September 9, 2009

Mari Kita Hidupkan 10 Malam Terakhir

Sedar tidak sedar sudah 20 hari kita berpuasa dan kini kita sedang memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan. Fasa terakhir ini cukup penting kerana pada salah satu malamnya akan berlaku malam Lailatulqadar.

Apakah malam Lailatulqadar?

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah bersedia untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Penuhi ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja. (10 hari daripada 365 hari setahun)

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Bilakah Berlakunya Lalitaulqadar?

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2017.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165.

Kombinasi dari kedua-dua hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Namun demikian Rasulullah s.a.w. apabila tiba sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadan, baginda akan menggandakan ibadah baginda maka amalan sebeginilah yang afdal untuk diamalkan kita semua. Baginda bersungguh-sungguh merebut peluang untuk melakukan ibadah sambil beriktikaf di masjid.

Doa yang dianjurkan pada malam lailatulqadar

Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib r.a:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat):

"Ya ALLAH! Sesungguhnya AKU berlindung dengan keredhaan-MU daripada segala kemurkaan-MU. AKU juga berlindung dengan kemaafan-MU daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. AKU juga berlindung dengan Zat-MU yang tidak terhitung segala nimat dan belas kasihan yang telah ENGKAU berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-MU seperti mana pujian yang layak bagi Zat-MU."
– Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad dan selainnya.

Selain dari itu, dianjurkan kan juga untuk berdoa sebagaimana dikhabarkan dari ‘Aishah r.a dia berkata:

Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan. Rasulullah menjawab:
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku.
- Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, no: 3840

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

Sekian

(sumber: www.zaharuddin.net, http://akob73.blogspot.com)


Read More...

Tuesday, September 8, 2009

Semoga Berjaya Murid-muridku Sayang

Daripada tidak kenal huruf, kini sudah boleh membaca sendiri.

Daripada tidak kenal alif ba ta, kini sudah boleh mengaji.

Daripada tidak kenal angka, kini sudah mahir tambah tolak darab dan bahagi.

Daripada contengan-contengan gambar orang lidi, kini sudah boleh melukis potret diri.

Semua ini jasa insan yang bergelar guru, cikgu, ustaz dan ustazah sejak dari tahun 1 lagi.

Juga tidak dilupakan jasa ibu yang melahirkan, membesarkan, jasa ayah yang memberi duit belanja dan menghantar ke sekolah di waktu pagi.

Ayuh murid-murid tahun 6. Inilah masanya untuk anda buktikan kepada merka anda bahawa segala tunjuk ajar yang mereka berikan selama ini bukanlah sia-sia. Angkat senjata dan serang habis-habisan biarpun anda kehabisan peluru!

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR.

p/s: Jangan lupa doa yang ustaz bagi. Allahumma Yassir, Wa la Tu'assir. Ya Allah Ya Tuhanku Permudahkanlah, Jangan Engkau Payahkan.
Read More...

Saturday, September 5, 2009

Majlis Bacaan Yaasin & Solat Hajat

Bersempena hari peperiksaan UPSR yang menjelang tiba, pihak pengurusan SK Gangga telah menganjurkan satu majlis Solat Hajat & Bacaan Yaasin sebagai persediaan murid-murid tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Guru Besar, En. Zaini Makhtar bin Che Kassim seterusnya solat hajat yang telah diimamkan oleh Ust. Abdul Hafiz. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Tn. Hj. Saarani bin Zaidun. Turut sama menjayakan majlis ini ialah ibu bapa murid tahun 6 serta guru-guru SK Gangga.


















Read More...