Saturday, September 12, 2009

Tadarus Al-Quran

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda;

"Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan 10 kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."


CATATAN sejarah menunjukkan bahawa ulama terdahulu tidak pernah lekang dengan amalan membaca al-Quran sebaik tiba Ramadan.

Mereka tidak lagi menjalankan kegiatan lain, selain beristiqamah dengan amal ibadat, termasuk membaca al-Quran.

Sepanjang Ramadan, masjid, surau, madrasah dan rumah mereka diisi amalan membaca al-Quran.

Dalam satu riwayat ada diceritakan bahawa Imam Malik melapangkan waktu pada Ramadan. Sebaik Ramadan tiba, Imam Malik tidak mahu lagi menyibukkan diri dengan tugas apa pun, selain membaca al-Quran.

Pada bulan ini, Imam Malik meninggalkan seketika tugasnya untuk mengajar, memberi fatwa dan melakukan pelbagai urusan lain, terutama bersangkut-paut dengan urusan keduniaan.

Imam Malik pernah berkata sebaik tiba Ramadan: “Ini adalah bulan al- Quran.”

Demikian besarnya penghormatan yang diberikan seorang aulia' (pewaris nabi) terhadap Ramadan dan al-Quran. Ia seolah-olah tersimpul dalam ikatan sungguh kuat hingga sanggup menghentikan segala urusan lain.

Bertitik tolak daripada itu, Program Tadarus Al-Quran telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan kali ini di Surau Asrama SK Gangga. Ia diadakan pada setiap hari pada waktu rehat bermula 10:15-10:45 pagi bagi murid tahap 1 dan 10:45-11:15 pagi bagi murid tahap 2. Seramai 20 orang murid yang fasih membaca Al-Quran telah dipilih bagi menyertai program tadarus Al-Quran ini.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menghidupkan bulan Ramadhan ini dengan membaca Al-Quran.














No comments:

Post a Comment