Saturday, June 20, 2009

Karnival Asrama Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak 2009

Pada 20 Jun 2009, kontinjen Asrama Desa SK Gangga telah berangkat ke SK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan bagi menyertai Karnival Kokurikulum Asrama Peringkat Negeri Perak. Asrama SK Gangga telah menghantar wakil bagi acara pidato, scrabble, sajak, catur, nasyid dan sepak takraw.

Tahniah diucapkan kepada adik Fahmi Firas dan Anis Solehah kerana masing-masing berjaya menjuarai pertandingan Scrabble (kategori lelaki) dan Pidato. Berikut adalah keputusan penuh kejayaan wakil SK Gangga.

Scrabble (L) - Johan (Adik Fahmi Firas b Amad Sabri)

Pidato - Johan (Adik Anis Solehah bt Amad Sabri)

Sajak
- Naib Johan (Adik Fatin Nur Ain bt Abdul Munir)

Nasyid
- Tempat Ketiga

Scrabble (P) - Tempat Keempat (Adik Nurdini bt Amri)

Catur (L) - Tempat Keempat (Adik Syahrul Nizar)

Bagi acara sepak takraw, SK Gangga bermula garang menewaskan SK Andika Raja dengan straight-set 2-0 untuk layak ke peringkat suku akhir. Namun pada perlawanan berikutnya, pasukan SK Gangga yang pada awalnya menang mudah 21-11 pada set pertama terpaksa akur dengan skill SMK Redang Panjang apabila tumpas mengejut 16-21, 8-15 pada set kedua dan ketiga. Namun pujian harus diberikan kepada para pemain kerana telah berusaha bersungguh-sungguh serta menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Juga kepada jurulatih & guru pembimbing yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan kejayaan para peserta.

Johan acara Scrabble (L) - Adik Fahmi Firas menerima hadiah daripada Ketua Sektor Bahagian Pembangunan Jabatan Pelajaran Perak.

Johan Pidato - Adik Anis Solehah

Naib Johan Sajak - Adik Fatin Nur Ain

Ketiga Nasyid

Keempat Scrabble (P) - Adik Nurdini

Kontinjen Gangga dengan warna tema merah-kuning

Ada acara silat ke yop?

Peserta & penyokong SK Gangga bergambar dengan Ust Hafiz




1 comment: