Sunday, March 15, 2009

Johan & Naib Johan Hafazan Daerah Manjung

Pada 13 Mac 2009, telah berlangsung Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Manjung 2009 bertempat di SK Seri Bayu, Manjung. SK Gangga telah menghantar beberapa wakil untuk menyertai pertandingan hafazan (lelaki & perempuan), pertandingan khat dan pertandingan rawi.

Sekalung tahniah diucapkan kepada adik Amirul Mukminin b. Amri dan adik Nurdini bt. Amri kerana berjaya memenangi tempat pertama (kategori lelaki) dan tempat kedua (kategori perempuan) dalam acara hafazan seterusnya mewakili daerah Manjung ke peringkat negeri Perak.

Upacara penyampaian hadiah kepada adik Amirul Mukminin


Upacara penyampaian hadiah kepada adik Nurdini



Tahniah Dini & Amirul!

No comments:

Post a Comment